Jumaat, 20 Julai 2012

LAPORAN KLINIK BAHASA MELAYU UPSR 2012








Tarikh  : 10 Julai 2012 ( Selasa )
Masa    : 10.00 – 11.30 pagi
Tempat : Dewan SML
Pada 10 Julai 2012 iaitu hari Selasa, pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah luar yang telah datang ke sekolah ini bagi mengadakan  bengkel menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2. Penceramah yang dijemput iaitu Pn Shuhaidah binti Lias dari SK.St. Mary Convent.
Bengkel ini telah diadakan pada jam 10.00 pagi dan tamat pada 11.30 pagi. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memberi penerangan dan cara-cara menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2. Melalui bengkel ini murid-murid telah didedahkan cara-cara menjawab soalan UPSR seperti yang dikehendaki oleh skima pemarkahan.
Di sepanjang bengkel ini murid-murid telah memberikan kerjasama dan perhatian mereka semasa sesi bengkel diadakan. Sesi soal jawab telah diadakan supaya murid dapat bertanya mengenai kemusykilan yang mereka hadapi sebelum ini.
Di akhir bengkel penceramah telah memberikan rumusan  dan memberi kata-kata nasihat dan motivasi kepada pelajar supaya mereka dapat menjawab soalan dengan sebaiknya semasa peperiksaan nanti.
Cenderahati dari pihak sekolah telah disampaikan oleh Pn. Sophia Md. Talip selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kepada penceramah. Bengkel ini berakhir pada jam 11.30 pagi.  


Laporan Disediakan Oleh,

NOR MAZILA BINTI JUNOH
Guru Bahasa Melayu Tahun 6,
SK.St. Mary Labuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...