Khamis, 26 September 2013

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH (SSQS)

Penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan aplikasi Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi tahun 2013 telah bermula dan akan berakhir pada 30 September 2013. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama GPB/GPICT sekolah-sekolah Daerah Keningau untuk mengisi serta melengkapkan borang yang boleh diakses melalui pautan di bawah;

Pautan aplikasi SSQS 2013;
a. Borang bagi Guru Perpustakaan & Media
b. Borang bagi Guru
c. Borang bagi Murid
d. Borang bagi Pentadbir

Panduan pengisian:
Bagi Sekolah Gred A & B
1 borang bagi GPM
1 borang bagi Pentadbir Sekolah
30 borang bagi Guru
30 borang bagi Murid

Bagi Sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid)
1 borang bagi GPM
1 borang bagi Pentadbir Sekolah
6 borang bagi Guru
6 borang bagi Murid

Rujukan:

Isnin, 23 September 2013

KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH (RESPONDEN : SEMUA GURU DAN 10 ORANG MURID)


KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH 

Berdasarkan arahan YAB TPM dalam keputusan mesyuarat bil 1/2013, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah.Kajian bahan digital ini meliputi sumber bahan yang terdapat di platform Frog VLE, EduWebTV, LMS dan perisian kandungan MBMMBI yang digunakan oleh guru di sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap penggunaan bahan digital yang dibekalkan oleh KPM. Hasil maklum balas ini akan menjadi panduan untuk membuat penambahbaikan pembangunan bahan digital ini. Sehubungan itu, kerjasama anda untuk melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
SILA KLIK PADA LINK DI BAWAH UNTUK MENJAWAB SOALAN :
1. KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH: (Soal Selidik Guru) https://docs.google.com/forms/d/1_bPIAzmB9f1T84cuvRu-LF-BkRhLVDelTLMtw0iAswY/viewform
2. KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH: (Soal Selidik Murid)
https://docs.google.com/forms/d/1lG04TCNrWb3I8j7kAwam1iOYG8nExfHP4GrzBF68SWY/viewform

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...