Khamis, 14 Julai 2011

MINGGU MAK 2011









MINGGU MAK ( Manusia Dan Alam Sekeliling )

Tarikh  : 23 – 27 Jun 2011
Masa    : Tahap 1 – diadakan pada jam 3.10 – 4.10 pm
              Tahap 2 – diadakan pada jam 9.40 – 10.40 am
Tempat : Dewan atau bilik darjah

Subjek yang terlibat      : Pendidikan Agama Islam
                                    : Pendidikan Moral
                                    : Kajian Tempatan
                                    : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Aktiviti                          : Pertandingan Menulis Jawi – Tahap 2
                                      Pertandingan Kuiz Jawi – Tahap 2
                                      Pertandingan Hafazan Al- Quran – Tahap 1
                                      Pertandingan Menulis Jawi Cantik – Tahap 1
                                      Pertandingan Koir – Tahap 2
                                      Pertandingan Melukis – Tahap 1
                                      Pertandingan Teka Silang Kata – Tahap 2
                                      Pertandingan Melukis Potret Tokoh Malaysia – Tahap 2
                                      Pertandingan Kuiz – Tahap 2












Rabu, 6 Julai 2011

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Nama asal Sekolah Kebangsaan St Mary Labuk sebelum ini ialah Sekolah Rendah ‘Our Lady Of Fatima’  yang telah ditubuhkan oleh Rev. Father Crowther dalam tahun 1959. Pada mulanya, cuma terdapat 4 buah kelas dan terletak di bangunan lama Sekolah Menengah St Mary.  Kelas-kelas dijalankan pada sebelah petang sahaja. Ianya mempunyai sebuah kelas tadika dan kelas-kelas darjah 1 hingga darjah 3. Sekolah ini pada mulanya adalah sekolah bercampur (jantina = lelaki dan perempuan ).
             
                Pada tahun 1962, sekolah ini telah diambil alih oleh Franciscan Sister dan telah diberi nama Sekolah Rendah St Cecilia. Pada ketika itu, sekolah ini menjadi Sekolah Rendah sepenuhnya dengan mempunyai kelas dari darjah 1 hingga darjah 6. Ia mempunyai 2 buah kelas untuk darjah 1 hingga darjah 3. Kebanyakan kelas-kelas pada mulanya dipindahkan ke bangunan baru yang mana sekarang ini sebahagian daripada Sekolah Menengah St Cecilia.
                   
               Guru Besar sekolah pada ketika itu ialah, Rev. Sister Francis Teresa. Pada akhir tahun itu, darjah 6 yang pertama telah menduduki peperiksaan Kerajaan Darjah Enam.
                   
               Dalam tahun 1963, sekolah ini telah dibahagi dua. Murid-murid perempuan ditempatkan di Sekolah Rendah St. Cecilia, manakala murid-murid lelaki diambilalih oleh La Salle Brother’s yang mana sekolahnya dinamakan Sekolah Rendah St. Mary Jalan Labuk, Sandakan.
                 
              Rev. Brother Xavier telah menjadi Guru Besar sekolah ini pada ketika itu. Pada tahun 1964, Encik John Koh telah menjadi Guru Besar. Setelah Encik John Koh bersara pada tahun 1991, beliau telah digantikan dengan Puan Tang Mew Sum yang menjawat jawatan berkenaan pada tahun 1992. Kemudian beliau bertukar ke Kota Kinabalu pada tahun 1995 dan tempat beliau diganti dengan Puan Bernadatte Lim Mee Ling pada tahun 1996 sehingga beliau bersara pada tahun 2006. Pada tahun 2007, Puan Caroline Neubronner telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini sehinggalah ke hari ini.
               
          Pada Tahun 2011, sekolah ini mempunyai 19 orang kakitangan, iaitu 16 orang guru dan 3 orang anggota kumpulan sokongan. Jumlah muridnya ialah 221 orang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...