Isnin, 30 Julai 2012

LIRIK JANJI DITEPATI

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

JANJI DITEPATI

http://fitrihadi.com/2012/07/video-klip-lirik-lagu-janji-ditepati-merdeka-55/

Khamis, 26 Julai 2012

Memelihara kemuflisan pahala Ramadhan

MEMELIHARA KEMUFLISAN PAHALA RAMADANProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Puasa sebenarnya satu latihan (tarbiyah) dalam hidup muslim. Ia seperti sebuah institusi (madrasah) latihan yang bertujuan membentuk disiplin para peserta. Bukan sekadar untuk diamalkan ketika berkursus sahaja, tetapi untuk dibawa ke dalam kehidupan sebenar selepas kursus. Demikian juga haji dan umrah. Seseorang yang sedang berada dalam ibadah-ibadah ini disuruh mematuhi pantang larang (taboo) tertentu. Maka seseorang yang berpuasa, ataupun berada dalam ihram haji dan umrah tidak boleh bertengkar dalam perkara yang sia-sia, tidak boleh mencerca, tidak boleh mengucapkan perkataan yang buruk dan lain-lain.

Mendisiplin Diri
Walaupun perkara-perkara itu sememang tidak sepatut dilakukan dalam semua keadaan, namun oleh kerana ramai manusia yang gagal mematuhi arahan Allah tersebut, maka setiap tahun dalam bulan Ramadan muslim dimasukkan ke dalam pusat latihan (tarbiyah) Ramadan untuk mereka kembali menghayati disiplin tersebut. Ia satu program latihan ilahi (tarbiyah rabbaniyyah/divine training). Demikian juga bagi mereka yang menunaikan haji dan umrah. Namun, tempoh Ramadan lebih panjang dari haji dan umrah. Satu latihan Ilahi selama sebulan bagi membolehkan muslim berdisplin dalam menjalani kehidupan sebelas bulan yang lain. Muslim diajar dalam tempoh latihan ini untuk menjaga tindakannya demi memelihara pahala ibadahnya. Jika dia gagal, dia akan kehilangan pahala dan kehalusan jiwa mendekati Allah.
Sabda Nabi s.a.w bersabda:
“Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Aku yang membalasnya dan puasa merupakan perisai, apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap yang cela, bertempik dan sekalipun dimaki oleh seseorang atau diperanginya maka hendaklah berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, demi yang jiwa Muhammad ditangannya maka bau mulut orang yang berpuasa terlebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Apabila berbuka dia merasa gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu Allah dia merasa gembira dengan puasanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kehilangan Pahala
Kehilangan pahala adalah sesuatu yang amat merugikan. Jika kita faham betapa berertinya pahala bagi seorang insan yang akan bertemu Tuhan, kita akan dapat menilai besarnya erti pahala. Pahala membawa ke syurga, sementara dosa membawa ke neraka. Jika puasa itu diandaikan sebagai satu pekerjaan dan pahala sebagai gajinya, maka perlanggaran pantang larang itu sebagai pengurangan atau pemotongan gaji. Namun pahala lebih bererti dari gaji dalam kehidupan duniawi ini. Ramai orang yang beramal dalam dunia ini pulang kepada Allah pada Hari Kiamat kelak dalam keadaan muflis kerana kehabisan pahala amalan disebabkan dosa-dosanya kepada orang lain.
Nabi s.a.w bersabda:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Pelihara Lidah
Lidah adalah punca terbesar kita kehilangan pahala. Puasa jika dapat mendidik lidah kita dari mencerca, dusta, menuduh dan memaki hamun orang lain, maka itu satu kejayaan yang besar. Manusia yang beradab tidak mengeluarkan kata-kata kesat dari mulutnya. Dia mungkin tegas, pedas dan tajam penghujahannya, tetapi tidak dusta, kesat dan buruk perkataan. Muslim yang baik tidak menzalimi orang dengan lidah dan anggotanya, samada pada bulan Ramadan, ataupun selain Ramadan. Lebih buruk lagi jika ada yang memakai ‘jenama ustaz’ memaki orang dalam ceramahnya. Apatahlagi dalam masjid ataupun di bulan Ramadan. Sangat hina dan jelek sekali. Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.
Ramadan mendidik kita menjaga perkataan. Ini termasuklah antara pasangan suami isteri. Ada orang yang memelihara lidahnya dari memaki orang lain, tetapi tidak kepada isterinya. Padahal kepada isteri lebih patut dijaga perkataan kerana dia seorang muslimah dan ada perintah-perintah khusus dalam al-Quran dan as-Sunnah untuk menjaga hubungan dengannya. Maka peliharalah pahala kita dalam Ramadan dan luar Ramadan!

Rabu, 25 Julai 2012

Hero- Hero SKSML

Ini merupakan antara pelajar- pelajar tahun 6 sksml...:)

LAPORAN CERAMAH RAMADHAN 2012

LAPORAN CERAMAH RAMADHAN  2012
Tarikh  : 20 Julai 2012 ( Jumaat )
Masa    : 9.40am- 10.40am
Tempat : Dewan SML
Pada 20 Julai 2012, pihak sekolah telah mengadakan ceramah sempena menyambut bulan Ramadhan 2012. Penceramah pada hari tersebut ialah Ustazah Nor Mazilla Bte Junoh, guru S.K Saint Mary Labuk. Beliau merupakan guru yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan merupakan guru panitia untuk subjek pendidikan Islam.
Ceramah ini dimulakan pada 9.40am dan berakhir pada 10.40am. Ceramah ini bertujuan untuk mendidik murid- murid tentang niat, cara, dan hikmat berpuasa pada bulan Ramadhan seperti yang dianjurkan didalam Islam.
 Di sepanjang program ceramah ini murid-murid telah memberikan kerjasama dan perhatian yang baik. Sesi soal jawab telah diadakan supaya murid dapat bertanya mengenai kemusykilan yang mereka hadapi sebelum ini.
Di akhir program penceramah telah memberikan rumusan  dan memberi kata-kata nasihat dan motivasi kepada pelajar supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih berjaya.

Laporan Disediakan Oleh,

MOHAMMED MASRIEZAN BIN MASRI
Guru jQAF
SK.St. Mary Labuk.

Jumaat, 20 Julai 2012

LAPORAN KLINIK BAHASA MELAYU UPSR 2012








Tarikh  : 10 Julai 2012 ( Selasa )
Masa    : 10.00 – 11.30 pagi
Tempat : Dewan SML
Pada 10 Julai 2012 iaitu hari Selasa, pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah luar yang telah datang ke sekolah ini bagi mengadakan  bengkel menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 dan Kertas 2. Penceramah yang dijemput iaitu Pn Shuhaidah binti Lias dari SK.St. Mary Convent.
Bengkel ini telah diadakan pada jam 10.00 pagi dan tamat pada 11.30 pagi. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memberi penerangan dan cara-cara menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2. Melalui bengkel ini murid-murid telah didedahkan cara-cara menjawab soalan UPSR seperti yang dikehendaki oleh skima pemarkahan.
Di sepanjang bengkel ini murid-murid telah memberikan kerjasama dan perhatian mereka semasa sesi bengkel diadakan. Sesi soal jawab telah diadakan supaya murid dapat bertanya mengenai kemusykilan yang mereka hadapi sebelum ini.
Di akhir bengkel penceramah telah memberikan rumusan  dan memberi kata-kata nasihat dan motivasi kepada pelajar supaya mereka dapat menjawab soalan dengan sebaiknya semasa peperiksaan nanti.
Cenderahati dari pihak sekolah telah disampaikan oleh Pn. Sophia Md. Talip selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kepada penceramah. Bengkel ini berakhir pada jam 11.30 pagi.  


Laporan Disediakan Oleh,

NOR MAZILA BINTI JUNOH
Guru Bahasa Melayu Tahun 6,
SK.St. Mary Labuk.

Khamis, 19 Julai 2012

Smart test July 2012 (16-20 July)

Pada minggu ini, kelihatan para guru, staff dan murid-murid SKSML terlalu sibuk dengan aktiviti yang telah disediakan didalam takwim. Contohnya, minggu ini, SKSML mengadakan Smart test untuk bulan Julai 2012.
Sementara itu, hari ini pula(19/7/2012) SKSML menerima lawatan daripada Majlis Guru Besar dan PPD. Mereka berniat untuk memantau perkembangan dan sistem pengurusan sekolah. Alhamdulillah, para guru dan staff kelihatan sangat bersedia menerima kedatangan pelawat.
Semoga mendapat respon yang baik..:)

Majulah pendidikan untuk negara!!!

Rabu, 18 Julai 2012

Line-Up terbaru guru-guru dan Staff SKSML 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera, pic di atas merupakan line-up guru-guru dan staff terbaru SKSML untuk Tahun 2012..
Berdiri dari sebelah kiri(paling belakang):Puan Ruminah, Cikgu Azmah, Cikgu Jamilah, Puan Rukiah, Ustazah NorMazila
Berdiri di tengah: Cikgu Jubaidah, Ustaz Masriezan, Encik Anuar, Cikgu Maria, Cikgu Lizawati, Ustazah Kamariah, Madam Sak Kah Muen(Cikgu Carmen), Ustazah Shahida, Cikgu Mary
Duduk dari sebelah kiri: Cikgu Idawati, Cikgu Rosnah, Cikgu Caroline Neubronner(Guru Besar), Cikgu Sophia, Cikgu Bashkar, Cikgu Mahadir.

May God bless us all..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...